<bgsound src="http://onlinerock.com/clubs/muncung//sami-youssef_ya-mo3allem.mp3 " loop="infinite"> ~::dari Ampang ke Rüsselsheim::~





::Today I feel::








Name :Mohd Kamarulfitri Bin Kamaruddin
Location: Rüsselsheim ,Germany
Currently studying Automotive Engineering at University of Applied Sciences Wiesbaden
Interest: Travelling, Surfing,

   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, April 04, 2005
"10 AMALAN YANG TERBALIK"

"10 AMALAN YANG TERBALIK"

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut
dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."
(Riwayat Bukhari)

Posted at 12:16 am by muncung
Comment (1)  

Wednesday, March 23, 2005
N:O:T:H:I:N:G

Holla...

hurmm
just hard to explain the situation right now...i'm just too confused....sedey pun ader gakk....tapi takpalah..malas nak citer dlm nih..biar aku simpan sorang²

dah lama nya aku tinggalkan blog nih..
. hurm bukannya apa, aku baru abis cutie....masa cutie tuh mmg tak lekat rumah lah...
masa cutie aku buat apa?..
hurmmmm.....

first² week cutie..aku dah start berjalan-jalan ke uk....for 8 days...
mula² aku amek direct flight dr Frankfurt hahn ke London stansted..
from London aku gie direct ke Leeds.
masa kat leeds aku jalan² araound leeds, york..also gie Manchaster...hurmm jumpalah dak2 beseri kat uk nih...

masa kat leeds jumpa Lenny, and then masa kat Manchaster jumpa kak shadia....thanks lah korang sbb bawak aku ngn matt jln2 hr tuh.....

lepas jer dr Leeds ..stay kat london 5 hari....masa kat London nih lah....lotih yang amat...hari² jalan sakan dr pagie..sampai lah malam....berjalan jer.r..mmg masa balik jer bilik time tuh rase nak pengsan jer..hehehe....

kat london lak jumpa skoolmate st john ...kerol...gie Rumah dier..kat Flaxman road tuhaa...

hurmm.....lepas jer lepak london.....aku ngn matt gie lak ker Dublin ..direct dr London stansted....mlm seblm tuh tidoq kat epot ..adoi..seksanya tidoq kat epot tuh...sampai sakit2 tengkuklahh...nak wat camana..nak tiket murah..hehehe

masa kat dublin nih...byk jugaklah jln²...umah yg aku duduk tuh...umah aleq ngn alip hos nya..mmg beh lahh..hahaha..jumpa ramai dak germany kat umah tuh...pesot, fahd, razeen, ngn ader dua jr baden....masa kat dublin nih byklah buat new friends...samlah jugak kat uk tuh....

masa kat dublin tuh kiterang sewa 2 keta..gie galway...mmg behlah kat Cliffs of Moher tuh...subhanallah lawa ...

pastuh dr dublin bergerak pulak ke cork...kat cork nih pun jumpa..x beserians..rose... masa kat cork nih kiterang jln2 sendiri..mcm kat uk...sbb budak2 nih ader kelas..

lepas jer balik dr cork...lepak umah jap dua hari.... nthen my parents dtg..from msia...tapi dierang turun london dulu baru gie Germany...

third week tuh ..bawaklah my parents gie jln² germany pulak..byk jln2 around Frankfurt nthen gie Köln and Berlin....gumbira yg amat..coz dpt jumpa my parnts..dah lama dah tak balik msia....insyaAllah this summer i'll fly back to msia...

lepas jer my parents stay with me for 9 days ..dierang bertolak balik ke msia dr Vienna.... mengenangkan tinggai sorang2 kat umah..mesti buhsan nyer....so aku tanya lah dak2 nih ader tak plan nak gie mana...ada yg nak gie Cebit ..nthen tanya Bingeners...dierang plan nak gie Prague...cun jugak tuh...lepas sehari aku lepak umah...travel lak aku ke Hannover...jumpa dak2 nih...(the Bingeners).

dierang nak sewa keta dr Hannover....alhamdulillah dpt lah kiterang sewa keta Volvo S60..mula² org tuh kata nak bg Beetle...tp lepas tgk kietarng nih ramai sgt ..coz Beetle yg mula2 yg dier nak bg tuh..Beetle cabriolet..two doors..sempit lah utk kiterang yg 5 org nih..

on the way to Prague aku drive...pastuh about 40 km before samapi Prague aku pas kat loot..tak tahan dah..6 jam drive.....one thing yg aku suka sgt drive kat Germany nih..masa kat Autobahn dier..heheh NO SPEED LIMITS....apo laie..ku tekan lah..sedalam2 nya pedal minyak tuhaa...hehehe...mmg bestlah..lagi2 pakai keta2 Continental nih...mmglah syiokk...

masa kat Prague..heheh...budak2 nih borong Crystall..org² kaat kat Prague Crystal muarh...apolaie..kietarng pun sambarlah..Vase² yg beh² utk di bawa pulang ..sbg buah tgn buat ibue2 kami..hehehe....lepak kat prague dua mlm..actually jln2 sehari jer kat Prague tuh..the next day tuh dah bertolak balik ke Germany.....

alhamdulillah last Monday aku dah start ngn sem baru...esok nih cutie balik cutie easter sampailah 29.3...subjek2 sem lepas Alhamdulillah 8 clear dr 10.....ygaku ngn matt terkedu sgt² ialah paper werkstofftechnik..bukan tak lepas sbb tak jawab ke rapa...tak lepas sbb jawab ..satu soalan nih..adoii...Verfahren tuh mmg kietarng dah tau..tapi justt tertulis yg lain...arrrrrr.....tension gak biler teringat balik...sbb satu soklan tuh...kena resit paper tuh...hurm takperlah ..takder rezeki lah tuh...

aku mintak sgt2lah..mudah-mudahan sem nih.....di permudahkan bg aku segala urusan... sbb utk satu paper nih..kena Mündliche Prüfung......aku harap² lah lepas...ameen

doakanlah aku kwn²...i'm just too scared to failed this paper......

hurm nampaknya dah byk aku coret kat sinih...dah lama tak update sekalik update punylah panjang...hehehe..takpalah sekali sekala... okies..till later insyaAllah...



Posted at 11:02 pm by muncung
Make a comment  

Saturday, January 22, 2005
::OUR WORLD =) ::

hehe..just wanna share this nasheed which i got from sumone..=) thanks a lot..=)


Every morning on every news flash
I hear the sorrow of the world
It seems like everybody lost and scared
Trying to make sense of it all
And as I travel to and fro
So many faces passed me by
I see lonely hearts living lonely lives
Just biding their time

And while we call ourselves civilised
Many people living empty lives
As they drone their way
Through day and night

Chorus :
I pray for our world, I pray for every child
I pray for our world, to be filled with smiles
Like the colours of a rainbow
And not just black and white
I pray for our world, to be filled with light
I pray for all of us
To choose the path that’s right
To believe in Allah everyday of our lives

In the evening on the TV news,
I see images of war
I see brother killing brother ,
with no consequence at all
And while those who claim to be leaders
Sell us tales of deceit
But Allah alone know in their hearts
what they reveal and conceal
And while we call ourselves civilised
We go on killing human lives
Too caught up in our own web of lies

Chorus

Every mother, every father,
Every daughter, every son
Don’t you see that the answer lies
Only with the one

Posted at 01:01 pm by muncung
Make a comment  

Sunday, January 16, 2005
::ZIKR::

..nampaknya..exam pun dah nak dekat..lagik seminggu aku ada dua paper , nthen on 31st january until 11.2 aku ada exam..everyday...doakan kejayaan kami disini kawan2.....

Cuak jugak nih sebab sem nih lah paling banyak seubject untuk aku kat sinih..11 subject insyaAllah.....1 nampaknya..tak dapat diselamatkan lagik..tinggal lagik 11..mudah-mudahan Allah memberi aku dan kawan2 disini kemudahan dlama menempuhi exam ..tak berapa lagi nih. Hurmm..tgh2 study korang kadang2 rase otak tepu kan..sellau buat apa..lepak²??.. minum²?..tgk tivi??..hurmapa kata kita ubah sket cara tuh..buat sumthing yg dapat menenangkan fikiran as well as....insyaAllah mendapat keredhaan iaitu dgn mengingati Allah(berzikir)


.... Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari

Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4832


Dalam hadis kat atas tuu cuba kita tengok.,...penganjuran untuk berzikir..insyaAllah..kalau kita tak buleh buat selalu cuba amalkan sikit-sikit insya Allah..lama2 kalau dah biasa..insyaAllah senang jer lidah tuh utk berzikir...aku cakap nih bukan aku rase2..tapi atas pengalaman diri sendiri..

Hadis riwayat Abu Musa ra., ia berkata:

Ketika kami sedang bersama Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan, mulailah orang-orang mengeraskan suara mereka dalam membaca takbir lalu bersabdalah beliau: Wahai manusia, rendahkanlah suara kamu sekalian! Karena kamu sekalian sesungguhnya tidak sedang memohon kepada yang tuli maupun yang gaib bahkan kamu sekalian sedang memohon kepada Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat Yang selalu bersama kamu sekalian. Aku pada saat itu berada di belakang beliau sambil mengucapkan: "Laa haula wa laa quwata illa billah", (Tidak ada daya dan kekuatan kecuali berkat bantuan Allah). Rasulullah saw. berkata: Wahai Abdullah bin Qais! Maukah kamu aku tunjukkan kepada salah-satu kekayaan surga yang tersimpan? Aku menjawab: Tentu, wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Yaitu ucapan: "Laa haula wa laa quwata illa billah"

Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4873


hurmm cuba kita tgk pulak hadis kat atas tuu..kat sinih dinyatakan..anjuran suara ketika bezikir.....kita berzikir bukan sbb nak tunjuk-tunjuk kat orang..tak perlu tuu semua..tak payah nak riak2...bende2 nih biar antara kita dengan-Nya saja...

hurmm buat kawan-kawan semua..marilah mulai saat ini kita try slow2..berzikir nih..insyaAllah..lama2 bende nih jadi ringan dan mudah nak dilaksanakan insyaAllahh..

**this go for u all and also for me ..insya Allah

nampaknya..kena get back to workk..study...study ..study....kepada kawan yag nak exam tuu..All the best..usaha-doa -tawawkkal....gambatene...

wallahualam

Posted at 04:21 pm by muncung
Comment (1)  

Next Page